Senin, 20 Juli 2009

Pengetahuan Sholat

Sholat

Pengetian Sholat

Sholat adalah perbuatan yang dimulai dengan takbirotul ihkrom dan diahiri dengan salam.
Firman Allah: “ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”


Manfaat Sholat

Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan bersih anggota badan.

Antara manfaat solat seperti berikut:

  • Solat mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya.
  • Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t.

“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”

  • Solat memberi ketenangan jiwa.
  • Solat membawa kejayaan kepada orang mukmin tetapi hendaklah dilakukan dengan khusyuk.

Syarat wajib Solat

Syarat wajib Solat ada lima iaitu:

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal


Syarat sah solat

Syarat sah solat itu terdiri daripada 5 perkara iaitu:

  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar


Rukun Solat

Rukun Solat terdiri daripada 13 perkara:

  • Niat
  • Takbiratul ihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berupaya
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Rukuk serta tamaqninah
  • Iktidal serta tamaqninah
  • Sujud serta tamaqninah
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk tahiyat akhir
  • Membaca tahiyat akhir
  • Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
  • Memberi salam yang pertama
  • Tertib


Sholat Jama’ dan Qasar

Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isya’) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan dilaksanakan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat solat qasar

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah (tidak kurang dari 100 km).
  • Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’
  • Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  • Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna).
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak pasti, maka tidak boleh qasar.


Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu yaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, boleh dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak terbagi jadi dua yaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.

  • Solat Jamak Taqdim


Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim

    • Hendaklah didahulukan solat yang pertama, artinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib sebagai solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan yaitu Asar dan Isya’ yang merupakan solat kedua.
    • Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama, tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
    • Hendaklah berturut-turut di antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan perbuatan yang lain.
  • Solat Jamak Takkhir


Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir

    • Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, karena jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.

A pabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. artinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:

  • Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
  • Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
  • Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat

Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya.

Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:

  • Jamak dengan qasar sekali.
  • Jamak saja tanpa qasar.
  • Qasar saja tanpa jamak.

Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selesai salam, teruskan saaja solat yang kedua.

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke tempat yang dituju, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu habis baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.

Hikmah solat

Hikmah menunaikan solat ialah seperti berikut:

  • Menghadapkan diri kepada Allah s.w.t
  • Menguatkan keimanan dan ketaqwaan
  • Mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t
  • Mentaati perintah Allah s.w.t
  • Menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar
  • Bersyukur kepada Allah s.w.t
  • Sebagai tanda pengabdian hamba dengan Allah s.w.t
  • Melapangkan fikiran
  • Memberi kesihatan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani
  • Mendapat pahala

solat sunat

Di antara solat-solat sunat ialah:

  • Solat sunat Rawatib
  • Solat sunat Tahiyyatul Masjid
  • Solat sunat Jumaat
  • Solat Taubat
  • Solat sunat Tahajjud
  • Solat sunat Tasbih
  • Solat sunat Witir
  • Solat sunat Duha
  • Solat sunat Hajat
  • Solat Tarawih
  • Solat sunat Hari Raya

Kamis, 16 Juli 2009

Manfaat Olahraga

Kita sadari maupun tidak, ternyata olahraga mempunyai banyak manfaat, baik itu manfaat untuk fisik maupun psikis kita.
Beberapa manfaat yang dapat kita rasakan dari olahraga diantaranya:
  • Otak/pikiran kita menjadi lebih fres. Jika kita nalar memang ada benarnya, karena dengan berolahraga akan meingkatkan jumlah oksigen dalam darah dan mempercepat aliran darah menuju otak. Setelah berolahraga, tentu nafsu makan kita bertambah dan tidur kita pun menjadi enak. Setelah bangun tidur, maka kita menjadi lebih fres.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh kita. Menurut penalaran saya, dengan berolahraga jantung kita akan di pacu lebih cepat, sehingga aliran darah yang ada ditubuh kita menjadi lancar. Dengan begitu racun yang ada di di dalam tubuh kita dapat keluar bersama dengan keluarnya keringat
  • Mempercantik diri. Hal ini menurut saya ada benarnya, karena dengan rajin berolah raga, tubuh kita bisa menjadi lebih langsing, kulit jadi berseri-seri dan kulit lebih kencang, selulit yang ada di bagian-bagian tubuh kita bisa berkurang, sehingga lebih indah dipandang mata.