Selasa, 24 Maret 2009

jajan pasar

CENIL

Bahan :

  • 500 gr tepung sagu
  • 800 ml air
  • 1 sdt garam
  • 150 gr gula pasir
  • Daun pandan
  • 1/2 sdt pewarna merah
  • 1/2 sdt pewarna hijau

Kinca :

  • 200 gr gula merah
  • 1/4 sdt garam
  • 1 lembar daun pandan
  • 150 ml air

Pelengkap :

  • 1/2 buah kelapa muda parut panjang
  • 1/4 sdt garam
  • 1 lembar daun pandan
  • 100 gr gula pasir

Cara Membuat :

  1. Aduk rata tepung sagu bersama garam dan gula pasir, tuang air sedikit demi sedikit sambil diaduk rata. Bagi dua adonan, satu beri warna merah dan satu beri warna hijau, ratakan.
  2. Rebus masing-masing adonan hingga bening, angkat.
  3. Tuang dalam loyang yang dialas plastik, ratakan hingga tebal 1 1/2 c, dinginkan, potong sebesar 2 x 2 cm.
  4. Campur kelapa muda dengan garam, aduk rata, tambahkan daun pandan, kukus hingga matang.
  5. Kinca : rebus gula merah, air, garam dan daun pandan dengan api kecil hingga mendidih, angkat, saring.
  6. Sajikan canil merah dan hijau dengan kelapa parut, gula pasir, dan tuang kinca.

Untuk = 15 orang

Senin, 16 Maret 2009

Resep Masakan

Botok Ayam

Bahan:

  • 200 g daging ayam
  • 5 buah hati ayam
  • 5 buah ampela
  • 10 buah telur puyuh direbus dan dikupas
  • 2 batang daun bawang dirajang
  • 5 buah cabe hijau dirajang serong
  • 1 butir telur
  • 5 buah bawang merah dirajang
  • 3 siung bawang putih dirajang
  • 10 buah cabe rawit merah
  • 200 ml santan kental
  • 1 sdt garam
  • 1/2 sdt gula pasir
  • 2 sdm minyak goreng
  • 5 lembar daun salam dibelah 2 bagian
  • Daun pisang untuk membungkus secukupnya

Cara Membuat:

  • Rebus daging ayam, ampela dan hati hingga empuk, lalu potong kotak-kotak.
  • Campur semua bahan terkecuali daun salam dan cabe rawit hingga tercampur rata tambahkan 50 ml kaldu hasil rebusan ayam.
  • Ambil daun pisang letakkan daun salam. Tambahkan 2 sdm campuran daging ayam, hati dan rempela, 1 telur puyuh dan 1 cabe rawit lalu bungkus, lakukan hingga selesai, 10 buah.
  • Kemudian kukus selama 15 menit.

Ibadah Puasa

Firman Allah s.w.t

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu, agar kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “

Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya

“Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka diampuni oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu. “

Pengertian Puasa

Puasa artinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Rukun Puasa

  • Niat di waktu malam harinya bahawa besok ia hendak mengerjakan puasa.
  • Menahan diri dari makan dan minum, bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

  • Islam
  • Akil baligh, tidak wajib puasa ke atas orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Tinggal tetap (tidak bermusafir)
  • Mampu untuk berpuasa (orang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)

Syarat Sah Puasa

  • Beragama Islam. Orang kafir tidak sah puasanya
  • Suci dari haid dan nifas
  • Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak ( yang tahu membedakan baik dan buruk )
  • Berpuasa pada waktunya

Jenis Puasa

Puasa Wajib:

Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya. Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi ibu bapa haruslah melatih mereka untuk berpuasa sebagai latihan. Siapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka berdosa.

Puasa Sunah:

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keridhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada waktu tertentu jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

Jenis-jenis Puasa Sunat

    • Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut yaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan asalkan masih dalam bulan Syawal.
    • Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 hinggal 8 hari.
    • Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
    • Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 hingga pada tanggal 9 (sunat Tausa)’
    • Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
    • Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
    • Puasa sunat di bulan Syaaban
    • Puasa sunat pada setiap hari Senin dan Kamis.
    • Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
    • Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
    • Puasa sunat secara berselang-seling , satu hari puasa, satu hari tidak.
  • Puasa Qada

Puasa Qada ialah puasa yang wajib dikerjakan karena untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas suatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit berat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya

  • Puasa Nazar

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah memperoleh ataupun mendapatkan sesuatu dari apa yang kita inginkan. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berhasil maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.

  • Puasa Kifarat

Puasa kifarat wajib dikerjakan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :

    • Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
    • Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
    • Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang.
    • Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.

Batalnya Puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad

Hari Yang Diharamkan Untuk Puasa

  • Berpuasa pada Hari Raya idul Fitri ( 1 Syawal )
  • Berpuasa pada Hari Raya idul Adha ( 10 Zulhijjah )
  • Berpuasa pada hari-hari Tasyrik ( 11, 12, dan 13 Zulhijjah )

Makruhnya puasa

  • Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
  • Bercakap kosong dan sia-sia atau mengeluarkan perkataan yang kotor
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Melihat pada gambar-gambar yang berunsur maksiat atau melihat pada pendedahan aurat
  • Memakai bau-bauan atau mencium bauan
  • Tidur sepanjang hari dengan tidak melakukan sesuatu kerjapun
  • Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.

Hikmah Puasa

  • Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
  • Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
  • Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
  • Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita.
  • Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
  • Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahp keikhlasan hati.
  • Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
  • Berpuasa dapat melatih dir agar menjadi seorang yang amanah.
  • Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
  • Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
  • Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
  • Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
  • Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Berpuasa dapat menimbulkan perasaan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.

Sunah Puasa

  • Menyegerakan waktu berbuka.
  • Berbuka dengan buah kurma atau air susu atau sesuatu yang manis.
  • Melewatkan waktu makan sahur.
  • Menjauhi perbuatan yang tercela dan perkataan yang sia-sia seperti berdusta, bergaduh, mengumpat, membuat fitnah dan memperkatakan keaiban orang lain.
  • Mengerjakan solat terawikh secara berjemaah pada waktu malamnya ( Ramadan )
  • Bertadarus ( membaca Al-Quran ) pada tiap-tiap malam Ramadan.
  • Membanyakkan berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar di waktu malamnya.
  • Ber’iktikaf di masjid terutama pada malam, malam 10 yang akhir Ramadan.
  • Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
  • Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka puasa.
  • Mencegah diri daripada mengikut perasaan dan hawa nafsu.